Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai
kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah :
BIL | JAWATAN | STATUS | KUMPULAN JAWATAN | SKIM |
1. | PEGAWAI SAINS (KIMIA HAYAT) GRED C41 | Tetap | Pengurusan & Profesional |
Capaian
|
2. | PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29 | Sementara/Kontrak | Sokongan |
Capaian
|
3. | PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U29 | Sementara/Kontrak | Sokongan |
Capaian
|
4. | JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA) GRED U29 | Sementara | Sokongan |
Capaian
|
5. | JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29 | Sementara/Kontrak | Sokongan |
Capaian
|
6. | JURU X-RAY (RADIOTERAPI) GRED U29 | Sementara | Sokongan |
Capaian
|
7. | JURU X-RAY GRED U29 | Sementara | Sokongan |
Capaian
|
8. | PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19 | Kontrak | Sokongan |
Capaian
|
9. | PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (ELEKTRIK) | Tetap | Sokongan |
Capaian
|
10. | PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 | Kontrak | Sokongan |
Capaian
|
11. | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 | Kontrak | Sokongan |
Capaian
|
12. | PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 | Sementara/Kontrak | Sokongan |
Capaian
|
SYARAT KELAYAKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/ SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) |
|
1. |
Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam |
|
a. |
Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut: |
|
i. |
Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau |
|
ii. |
Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang terkumpul dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut. |
|
b. |
Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/ Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas. |
|
2. |
Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam |
|
a. |
Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut: |
|
i. |
Mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (Gred C); dan |
|
ii. |
Kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan. |
|
3. |
Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 dan 2 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis/ bekas tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis/ tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan: |
|
Jawatan dan Gred |
Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera |
Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 |
Sekurang-kurangnya Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya |
Pembantu Keselamatan Gred KP19 |
Sekurang-kurangnya Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya |
Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 |
Sekurang-kurangnya Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya |
Pembantu Kesatria Gred S19 |
Sekurang-kurangnya Koperal |
Pegawai Bomba Gred KB19 |
Sekurang-kurangnya Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 |
|
|
SYARAT KELAYAKAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)/ PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) |
|
1. |
Kelayakan PMR/PT3 Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam |
|
Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PMR/PT3, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PMR/PT3 iaitu |
|
a. |
memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred D) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PMR; atau |
|
b. |
memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred E) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PT3.
|
|
2. |
Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis/ bekas tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis/ tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan: |
|
Jawatan dan Gred |
Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera |
Pengawal Keselamatan Gred KP11 |
Sekurang-kurangnya Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya |
|
|
Iklan ini telah disiarkan pada
17 Mei 2022 dimana
tarikh mula permohonan akan dibuka pada
17 Mei 2022
dan tarikh tutup adalah pada
31 Mei 2022. Sebarang
permohonan tidak akan dibenarkan selepas tarikh tutup. Sila log masuk terlebih dahulu
untuk membolehkan anda membuat permohonan.